‘Apa khabar daun hijau?’ katanya.
Tersentak daun hijau menoleh kea rah suara yang datang.
‘Oh, kamu ulat! badan mu terlalu kurus dan kecil, mengapa?’ Tanya daun hijau.
‘Aku hampir tidak mendapat dedaun hijau untuk makananku. Bolehkah kau membantuku sahabat?’ kata ulat kecil.
‘Tentu..tentu..marilah ke mari.’
google image |
Daun
hijau berfikir, jika aku memberi sedikit dari tubuhku ini untuk makanan
si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku kelihatan
berlubang-lubang. Tapi tak apalah!!! Perlahan-lahan ulat menggerakan tubuhnya menuju kea rah daun hijau. Setelah
makan sehingga kenyang, ulat berterima kasih kepada daun hijau yang
telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat
mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih sayang dan
pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam daun hijau. Walaupun tubuhnya
kini berlubang di sana sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu
untuk ulat kecil yang lapar itu. Tidak lama berselang ketika musim
panas datang, daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia
jatuh ke tanah, disapu orang dan di bakar.
Apa yang berlalu adalah
amat beerti dalam hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit
sahaja untuk orang lain? Sedangkan akhirnya semua yang ada akan mati dan
segalanya akan ditinggalkan. Rela berkongsi kesenangan dan kepentingan
diri sendiri memang tidak mudah, tetapi indah.
Ketika berkorban
diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlubang namun itu
sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita. Kita akan tetap hijau, Allah
akan tetap memberkati dan memelihara kita. Bagi daun hijau,
berkorban merupakan satu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta
memuaskan. Ia bahagia melihat sahabatnya mampu tersenyum kerana
pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari
bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai daun hijau. Suatu hari
nanti ia akan kering dan jatuh.
Demikianlah kehidupan kita. Hidup
ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup
ini dengan perbuatan-perbuatan yang baik, kasih, pengorbanan,
pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.
Jadikanlah
berkorban itu sebagai suatu yang menyenangkan dan membawa sukacita
tersendiri bagi kita. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara.
Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu untuk mereka,
memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang
dapat kita lakukan. Yang mana sering kita lakukan? Menjadikan ulat
kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi daum hijau yang senang
memberi?????
Fikirkan!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan