(Assalamualaikum)
Manusia selama dia bernafas maka dia tidak akan pernah terlepas dari masalah. Seperti keretapi setelah melepasi satu gerabak maka gerabak lain akan 'menerkam' kamu. Dan kadang-kadang tidak mustahil masalah akan datang bertimpa-timpa. Setiap manusia memiliki masalah yang berbeza-beza, ada yang kecil, ada yang luar biasa. Namun, kamu harus yakin bahawa walau sesukar manapun masalah yang kamu hadapi saat ini pasti akan ada jalan keluar. Semuanya bergantung kepada kamu sendiri. Jika selama ini kamu merasa terbeban dengan masalah yang kamu hadapi, tak ada salahnya kamu mengikuti tips dari Robeth H. Sculler dalam bukunya yang bertajuk 'THOUGH TIMES NEVER LAST, BUT THOUGH PEOPLE DO'. Mungkin kita boleh mendapat sedikit inspirasi dari kata-katanya.
1. Hadapi Setiap Masalah Yang Datang
Hadapi masalah yang datang dengan tenang. Jangan dilihat dari besar kecilnya masalah kamu kerana masalah kecil sekalipun jika ia tidak diselesaikan suatu saat pasti akan meledak!
2. Jangan Mendramatiskan Masalah
Jangan membesar-besarkan masalah yang kamu hadapi kerana ia akan semakin menekan kamu dan membuat kamu menjadi tidak tenang. Sekiranya kamu bertenang maka kamu akan dapat berfikir dan meletakkan masalah tersebut dari sudut yang lebih positif.
3. Jangan Terlalu Santai
Tidak ada salahnya melupakan sesuatu masalah yang sedang dihadapi, namun hanya sejenak sahaja. Kerana setelah kamu tenang, kamu harus memikirkan jalan keluarnya. Lagipun semakin lama kamu melupakan masalah, maka semakin banyak masalah baru yang akan muncul.
4. Jangan Emosi
Sebenarnya memang logik jika kamu emosi di saat fikiran kamu kelam kabut kerana memikirkan masalah yang sedang kamu hadapi, tetapi jangan pula berlebihan kerana jika berlebihan akan menyebabkan kamu mengambil tindakan yang drastik. Dan yang paling penting, jangan pernah buat keputusan di saat kamu sedang emosi.
5. Pasang Strategi
Jangan terlalu mengharapkan bantuan daripada orang lain untuk memecahkan atau menyelesaikan masalah kamu. Boleh saja minta bantuan orang lain tetapi jangan terlalu berharap. Semua di tangan kamu. Maka aturlah strategi dan rancangan sehingga masalah kamu dapat diselesaikan.
Berdoa, Redha dan Tawakkal
Sebagai seorang muslim, adalah menjadi kewajiban kita menyerahkan segala urusan kepada yang lebih Maha Mengetahui. Berdoa adalah senjata bagi orang muslim, berdoalah! Dengan berdoa kita dapat meletakkan harapan itu kepada Allah SWT. Dan akhir sekali, segala bentuk usaha telah kamu ambil untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah tersebut, kamu haruslah bertawakkal pada Allah. InsyaAllah Allah masih memandang kamu dan mendengar doa kamu, meskipun kita adalah manusia yang selalu melakukan kesalahan padaNya.
Berzikirlah dengan Doa Nabi Yunus:
Wallahua'alam
"La Illaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz Zalimin"
Wallahua'alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan