Menilai dan mentafsir hati sangatlah rumit. Terlalu banyak perkara yang Allah mahu sampaikan melalui hati. Memang. Insan punyai mata untuk melihat alam ciptaan penuh hikmah. Telinga untuk mendengar bunyi serta ayat 'kekuasan' Allah, dan sentuhan merasai kewujudan fizikal alam yang penuh keajaiban. Namun, sejauh manakah hati teguh membenarkan dan mengakui akan perkara-perkara yang tidak dapat menjangkau apa yang tidak dapat dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, dihidu oleh hidung dan disentuh oleh tubuh badan, tangan dan kaki. Sukar bukan? Gerak hati itu sungguh ajaib.
Satu hari, ayah meminta saya supaya singgah di kedai runcit depan simpang jalan. Mahu membeli surat khabar katanya. Sambil menunggu ayah membeli, saya memerhati keadaan di situ dari dalam kereta. Keadaan kedai runcit kelihatan makin hari makin berkembang maju. Daripada diniagakan secara kecil-kecilan, kini ia dipenuhi dengan barang keperluan yang hampir lengkap untuk keperluan orang kampung. Terlintas di hati, alangkah bertuahnya nasib si pemilik kedai dan keluarganya kerana perolehi rezeki Allah itu. Seronok. Terasa mahu berniaga juga. Memandang dan memerhati lagi keadaan di situ, ada sesuatu yang membuatkan hati saya terdetik dan akal berfikir ligat mencari maknanya.
Satu hari, ayah meminta saya supaya singgah di kedai runcit depan simpang jalan. Mahu membeli surat khabar katanya. Sambil menunggu ayah membeli, saya memerhati keadaan di situ dari dalam kereta. Keadaan kedai runcit kelihatan makin hari makin berkembang maju. Daripada diniagakan secara kecil-kecilan, kini ia dipenuhi dengan barang keperluan yang hampir lengkap untuk keperluan orang kampung. Terlintas di hati, alangkah bertuahnya nasib si pemilik kedai dan keluarganya kerana perolehi rezeki Allah itu. Seronok. Terasa mahu berniaga juga. Memandang dan memerhati lagi keadaan di situ, ada sesuatu yang membuatkan hati saya terdetik dan akal berfikir ligat mencari maknanya.
Dalam kelas,
saya pelajari tentang sumber alam dalam konteks rezeki Allah SWT kepada
manusia. ‘Penyebaran’ rezeki Allah SWT kepada umat manusia melalui dua cara
iaitu, secara terus dari Allah SWT iaitu penerima primer dan melalui manusia
kepada manusia lain atau dikenali penerima sekunder. Namun, bagaimanakah
manusia yang berfungsi sebagai khalifah dan hamba Allah SWT ini dapat menguruskan rezeki
Allah SWT sepertimana yang digariskan dalam panduan dan piawaian syariat Islam? Bagaimana
pula manusia itu dapat menjadikan rezeki yang Allah kurniakan itu sebagai alat
untuk mencapai kebahagiaan hidup?
Dalam
konteks mencari rezeki sama ada secara berniaga (bekerja sendiri) mahupun
secara makan gaji, kedua-duanya mempunyai cara dan peranannya untuk
melaksanakan tanggungjawab kita sebagai makhluk Allah SWT. Saya terus memerhati
keadaan di kedai itu. Apa yang menarik perhatian saya adalah apabila melihat
seorang perempuan muda yang barangkali isteri si pemilik kedai. Bergaya
penampilannya dan cekap menguruskan kedai runcitnya. Di sinilah terjawabnya
persoalan saya sebelum ini? Fungsi manusia sebagai pengurus, peniaga dan
terutama sekali sebagai makhluk Allah SWT.
Berbalik
kepada konsep rezeki Allah SWT serta tanggungjawab kita sebagai penerima rezeki,
menguruskan dan membangunkan perniagaan secara Islam adalah sangat penting. Hal
pemilik kedai mahupun isterinya menguruskan kedai runcit itu merupakan salah
satu usaha atau ikhtiar untuk pembangunan. Pembangunan yang dimaksudkan adalah sama ada pembangunan yang lebih khusus seperti
pembangunan institusi keluarga mahupun pembangunan yang lebih luas iaitu
pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat setempat. Umumnya, terdapat dua elemen yang dilihat dapat mencapai perniagaan yang dikehendaki dalam Islam. Pertama, peniaga mempunyai amanah untuk membekalkan keperluan masyarakat kampung yang majoritinya adalah masyarakat muslim. Wajib ke atas dirinya untuk membekalkan barangan yang baik dan halal untuk kegunaan umat Islam yang lain. Perniagaan juga bukan sekadar mendapatkan rezeki untuk meningkatkan taraf kehidupan keluarga sahaja, malah usaha itu telah memudahkan masyarakat kampung yang mempunyai taraf hidup yang sederhana untuk dijadikan 'sumber' bagi kelangsungan hidup tanpa perlu ke bandar. Dalam usaha ini, manusia yang berperanan sebagai peniaga yang menguruskan perniagaan kedai runcit itu tidak dinilai dari sudut keupayaan dan kemampuan semata-mata. Malah, usahanya dilihat dapat memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Dengan itu yang kedua, bagi memenuhi fungsi-fungsi yang jauh dari fahaman manusia sebagai makhluk ekonomi maka manusia itu wajib untuk berilmu. Dalam konteks ini, manusia tersebut adalah peniaga dan pengurus kedai runcit tadi. Dengan ilmu, manusia dapat membezakan yang hak dan yang bathil serta dapat menjalankan urusan perniagaannya tanpa melibatkan unsur riba atau penipuan.

Perniagaan
bukan perkara asing dalam Islam. Nabi Muhammad SAW pun berniaga, malah baginda
mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa dalam menguruskan perniagaan bapa
saudaranya, Abu Talib. Rasulullah SAW ada bersabda, ‘sembilan persepuluh
daripada sumber rezeki adalah perniagaan’. Hebatnya bagi mereka yang mempunyai
perniagaan sendiri. Lebih hebat lagi sekiranya perniagaan yang mereka usahakan
itu adalah mengikut syariat Islam sepenuhnya. Tidak sekadar ‘menyelitkan’
sebahagian ajaran Islam, hanya kerana mahu melabelkan perniagaan yang mereka
usahakan adalah bentuk perniagaan Islam dan terlepas dari beban tanggungjawab
kekhalifannya. Dalam erti kata lain, Islam hanya diletakkan satu tanda dalam
perniagaan yang diusahakan dan ia tidak dijadikan panduan dan piawaian untuk mencapai perniagaan yang diredhai Allah SWT. Sebagai contoh dalam pengurusan kedai runcit tadi, cukuplah bagi si peniaga itu untuk hadir ke
surau/masjid untuk solat jemaah pada dua waktu di malam hari. Ia sudah memadai bagi dirinya untuk menyumbang bilangan saf di surau atau masjid. Biarpun niatnya tidak jelas, namun sesungguhnya solat itu membentuk keperibadian seorang Muslim. Alhamdulillah. Perkara ini juga
ada dinyatakan dalam al-Qur’an yang bermaksud:
“Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan keji) dan mungkar” (Surah al-‘Ankabut:45)
Tapi,
adakah itu sudah memadai bagi seorang Muslim yang menunjukkan tanda syukur ke
atas nikmat rezeki tadi tanpa melibatkan tanggungjawabnya sebagai manusia
secara keseluruhannya? Atau mungkin usaha perniagaan itu semata-mata dijadikan
mata pencarian rezeki bagi kelangsungan hidup. Sementara ajaran Islam ‘ala
kadar’ yang dilaksanakan adalah sekadar bagi memenuhi tuntutan manusia yang
dikatakan Islam dan sekadar mengikut amalan kebiasaan bukannya dengan
keikhlasan melaksanakan tanggungjawab itu. Kalau inilah yang masih berlaku,
jelas sekali pengurusan perniagaan itu masih belum cukup sempurna untuk
ditadbir mengikut piawaian dan panduan Islam yang hakiki. Saya terus berfikir sehingga tidak sedar yang saya sudah memandu sampai destinasi tujuan.
Wallahu’alam.
1 ulasan:
kita biasa ambil mudah dalam semua perkara dan sesungguhnya kita lah di pihak yang rugi itu. Tq 4 sharing
Catat Ulasan