Rasanya masih belum terlambat untuk saya catatkan rasa bahagianya bermusafir; musafir mencari erti tenang.
Kali ini saya diberi peluang untuk bermusafir ke negara orang dalam tempoh yang agak panjang. Negara Brunei Darussalam. Kesempatan yang tidak ternilai harganya ini, tidak mungkin saya akan lepaskan merujuk kepada beberapa sebab. Pertama, tawaran bermusafir ini dilakukan atas tujuan untuk menyertai kursus asas Bahasa Arab di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). UNISSA merupakan universiti yang mempunyai kepakaran khusus dalam pengajian Bahasa Arab. Kedua, peluang bermusafir mengenali negara yang diberkati Allah SWT di atas pentadbiran yang berasaskan kepada syariat Islam. Ketiga, peluang untuk melebarkan ukhwah dan dakwah.
Memang. Sudah lama saya mengidamkan untuk bermusafir ke Brunei yang dirahmati Allah. Tapi tidaklah seawal dan semudah seperti yang saya sangkakan. Sebab itu, sebaik saja Prof mengumumkan tawaran ini, hati saya melonjak kegirangan. Macam tak percaya pun ya! Selesai kelas pengajian petang itu, saya terus berjumpa dengan Dr Sukainah mohon keizinan. Padahal, program itu lambat lagi. Saya juga antara yang terawal membayar duit untuk tiket. Wah, semangat tak?! Biasanya, saya akan bincang dengan mak ayah, tanda mahu minta izin. Tapi kali ini, saya yakin, mak ayah pasti mengizinkan. 'P lah hang. Tengok negara orang, negara yang berani laksanakan hudud.' Itu lah kata-kata mak yang saya masih ingat.

Alhamdulillah. Pada 27 Julai 2015 bersamaan 11 Syawal 1436H (Isnin), rombongan seramai 17 muslimat, 5 muslimin dan seorang pensyarah pengiring berangkat ke Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Tempoh selama 5 minggu di sana cukup memberi manfaat, ilmu dan pengalaman yang cukup bermakna. Secara peribadi, ia sukar digambarkan dengan kata-kata. Pada dua minggu pertama, saya dan sahabat-sahabat masih belajar mengenali adat, budaya dan masyarakat di Brunei. Khususnya di sekitar kawasan penginapan kami selama sebulan iaitu Gadong, Brunei Darussalam. Saya lebih selesa untuk memerhati. Adakala pengamatan itu terlalu mengasyikkan. Betul-betul telus menembusi hati. Aneh ya hidup di Brunei? Sesekali saya sendiri terkedu, buntu. Kenapa di sini (Brunei) sungguh mengasyikkan?
Pernah saya kongsikan kepada sahabat dan juga guru saya, selaku teman sebangku di dalam bas pengangkutan kami di sana. Tapi, beliau tinggalkan soalan tanpa jawapan supaya saya sendiri dapat hadam segala pertanyaan saya.

Sepanjang berberadaan kami di sana, kami berpelang menjelajah hampir di seluruh Negara Brunei Darussalam yang melibatkan empat daerah utama. Daerah tersebut ialah Brunei Muara, Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong. Segala yang berkaitan dengan Negara Brunei khususnya berkaitan pemerintahannya, kami telah lawati. Terkenang akan peluang ini, hati berasa sangat-sangat bersyukur dan terhutang budi dengan sabahat-sahabat UNISSA selaku jawatankuasa yang melayani kami sepanjang bermusafir di sana. Sehinggakan berus gigi tak ada pun, mereka tolong beli kan. Allah~
Sumbangan Google Imej |
Masuk minggu ketiga, kami mulai akrab dengan sabahat-sahabat dari UNISSA; paling dekat dengan kami ketika bermusafir di sana. Hampir 44 orang kesemuanya, termasuklah muslimin dan muslimat. Aktiviti yang dirangka padat hampir setiap hari membuatkan kami sentiasa bersama-sama setiap waktu. Dan saya yakin perkara yang mengeratkan lagi ukhuwah antara kami ialah perkara-perkara yang menghubungkan kami dengan Allah SWT. Solat berjamaah, bertadarus, bertausiah, dan aktiviti-aktiviti memasak dan makan beramai-ramai.
Saya kongsikan pengalaman saya di sana melalui tulisan saya di status facebook. Kerana, pencarian #mencariertitenang saya catatkan terus dalam wall facebook saya. Catatan itu masih segar dengan ibrah hasil pemerhatian tentang manusia dan alam sekitar di Negara Brunei Darussalam. Semoga ia bermanfaat.
Tarikh: 13 Ogos 2015
Sejak dari hari pertama, aku masih mencari-cari dari manakah puncanya rasa tenang di sini. Sudah tiga minggu berlalu, masih belum dapat hadam jawapannya. Bahasa kami mungkin berbeza, tapi aku yakin hidup mereka tidak banyak berbeza daripada kehidupanku sendiri. Walaupun ketara pada zahir ucapanku, namun yang menjadi persamaan itu datangnya dari kehendak dan impian hati ini. Ya, namanya manusia. Dimana saja ada mazmumah mahmudahnya. Tiada yang sempurna, bukan? Tapi alam dan sekitarnya membuatkan mata ku tenang untuk memandang. Soalnya, kenapa dan bagaimanakah? Moga-moga dalam masa berbaki ini, Allah temukan aku dengan punca makna tenangnya bumi Nya ini. (Risau jua. Kalau terlalu jauh memandang, makin lama mendalami, bimbang pula hati akan terpaut di sini)
Menyaksikan perarakan Hari Keputeraan Kebawah Duli Sultan Hasanal Bolkiah |
Jawapan pertama; kenapa tenangnya di sini? Seawal jam 6.30 pagi kami sudah bergerak ke bandar. Berjalan kaki hampir 1 km. Bersemangat untuk menyertai sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Sultan Hasal Bolkiah. Sama jua dengan sambutan di Malaysia. Tapi kenapa rasanya luar biasa? Sepanjang jalan, aku dapat lihat anak-anak, pelajar sekolah, penjawat awam dan rakyat jelata bersiap sedia untuk meraikan Pemimpin yang dikasihi. Diri sendiri masih merasa hairan. Kenapa perasaan ini semacam luar biasa? Aneh˜Biarpun berpanas, aku sanggup menanti apakah yang membuatkan hati tertaut di sini.
Saat jantung berdebar menantikan keberangkatan Kebawah Duli, aku yakin inilah jawapannya. Tautan hati pemimpin dengan rakyatnya adalah melalui ikatan tali Allah SWT. Kalau kuat berpegang dengan suruhan Allah, dan menghindar segala laranganNya. Usahlah dibimbangkan tentang ketenangan dan kesejahteraan bumiNya serta seisi alamNya. Kami bukan rakyatnya pun merasa kasih dan tempias ketenangan itu. Semoga memperoleh rahmat dan keredhaan Allah SWT, insyaAllah. Di tanah air sendiri pun ada sambutan sebegini. Tapi tak sana, malah tak pernah pula nak ada keinginan untuk sertai. 'Hargai betul-betul, sebab mahal tu', pesan Dr Sifu. Mahalnya ilmu dan pengalaman berada di Negara Brunei Darussalam.
Tarikh: 19 Ogos 2015
Jawapan pemerhatian #mencariertitenang ke 2. Negara Brunei Darussalam beruntung. Jelas terjalin dimensi tiga hubungan ini walaupun tak sepenuhnya sempurna.
- Hubungan menegak (Hablum-minallah); dengan terlaksananya syariat Islam, tanpa ragu-ragu.
- Hubungan mendatar (Hablum-minannas); Hubungan pemimpin dan rakyat, pemimpin yang adil dan warak. Terkagum! Kebawah Duli Sultan yang menjadi imam solat dan khatib, rakyat pula menjadi makmumnya. Sementara rakyat sentiasa mengasihi dan mendoakan kesejahteraan pemimpin. Bagi alam sekitarnya, masih terpeliharan tanpa eksploitasi mazmumah. Sedap sangat mata memandang. Kerana saya pecinta alam semulajadi.
- Dan insyaAllah; hubungan mendalam iaitu keseimbangan komponen dalam diri manusia (akal-hati-nafsu-roh). Buktinya, saya dapat lihat keadaan di jalan raya. Payah benar nak dengar bunyi hon. Apabila ada kereta block laluan bas sewaktu kami pulang dari makan malam, saya tanyakan pada sahabat Brunei. Kenapa tak ada pula apa-apa signal untuk minta laluan, contoh bunyikan hon ke? Sahabat saya jawab; ada juga bunyi hon di sini. Tapi biasanya tak sampai hati. Tertib saja kenderaan mereka di jalan raya. Ada ketika, pejalan kaki lebih diberi keutamaan untuk menggunakan jalan raya. Allah˜Syiuknya tenang.
Akhir sekali, jawapan itu saya temui dalam Kelas Pengajian Selasa minggu lepas. Tazkirah yang disampaikan oleh Dr Syakir sudah menghuraikan lengkap kenapa perlu bermusafir, dan bagaimana mahu bermusafir secara jama'ie. Ya. Musafir jama'ie sebahagian daripada adat kami di ISDEV.
*Setelah kembali ke tanah air. Rindu masih mengusik jiwa. Masih terbayang suasana di sana. Terasa benarlah telahan diri, hati telah terpaut di sana, kasih tertumpah di sana.
Tidak pernah terfikir yang pokok ini boleh hidup dengan akar yang tidak sempurna. Tidak pula ditebangnya dan digantikan dengan pokok yang baru yang lebih cantik. Sedikit pun tidak mencacatkan pemandangan sekitarnya. Masih anggun dan menenangkan. Alangkah bahagianya dia. Teguhnya dia di atas tanah langsung tidak dipedulikan. Sedang akar itulah jantungnya.
'Akak, saya rindu sangat!' 'Kalau rindu, doakanlah yang baik-baik. Moga Allah pelihara insan-insan yang kita rindu itu dengan sebaik-baik perlinduangan.'
Salah satu pokok kelapa di perkarangan Musium Maritim Negara Brunei Darussalam |
Wallahu'alam bissawab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan