Selasa, 14 Ogos 2012

MANUSIA


Hakikat kejadian manusia memiliki rohul-tamayyiz yang menjadi saksi ketika di alam roh dan dibuktikan pada alam dunia dan diadili di alam akhirat kelak.

Rohul-tamayyiz ini berperanan penting dalam kehidupan manusia.

 Ia dipanggil akal apabila berfikir,
Ia dipanggil hati apabila berperasaan,
Dan ia dipanggil nafsu apabila berkeinginan.

Hati itu raja kepada akal dan nafsu. Maka peliharalah akal, hati dan nafsu!

Rabu, 25 Julai 2012

Muhasabah: IKHLAS Seorang Gadis

"Ada seorang gadis,
Termenung di jendela,
Memikirkan nasibnya,
Yang telah ternoda,
Terpinggir terhina,
Kerna dosa-dosa silamnya.."

Perbincangan ini, saya mulakan dengan serangkap lirik nasyid berjudul 'Seorang Gadis' yang dinasyidkan oleh Nowsee Heart. Sebagai seorang insan lemah, kesalahan dan kesilapan tak pernah lekang dalam kehidupan. Seperti diri saya sendiri, saya pernah melalui zaman gadis remaja sentiasa tercari-cari makna kehidupan. Bagaimana caranya mahu jadi insan yang baik? Tidak mudah terjebak dengan masalah akhlak yang sangat merisaukan. Alangkah ceteknya ilmu agama dalam jiwa yang menjadi makanan rohani. Pelajaran di sekolah tak terlepas dari sentiasa memikirkan bagaimana mahu mencapai kejayaan pada sekeping kertas. Hakikatnya, kehidupan ini mesti melalui segala macam percubaan, tidak hanya pada soalan-soalan SPM dan sebagainya. Didikan Mak dan Ayah sudah cukup untuk saya memahami tuntutan wajib seorang Muslim. Solat, puasa, hormati orang lebih tua dan kasihi yang muda. Namun, perjalanan hidup ini tak selamanya bergantung kepada pemerhatian kedua ibu bapa. Dikari namanya!

"Ibunya telah tiada,
begitu juga ayahnya,
mengharungi dunia,
tanpa pedoman di jiwa,
keliru hatinya,
antara syurga dan neraka.."

Dengan demikian, saya cuba kongsikan sesuatu yang menjadi panduan yang bermakna, insyaAllah. Panduan kepada kita yang mengaku Muslim untuk kenal diri dan jaga akhlak dan akhirnya Allah SWT jua akan pelihara kita daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

Pertama; harus di ingat kita punyai jiran kiri dan kanan. Kita sentiasa diperhatikan dan selalu rekod status harian kita lebih pantas daripada kita meng-update status di facebook. Malah lebih daripada itu. Niat kita utk mewar-warkan sesuatu kepada rakan-rakan facebook, telah pun diketahui dan direkodkan terlebih dahulu oleh jiran kiri atau kanan kita dalam BUKU AMALAN. Siapa mereka? Raqib dan Atib. Tiada hijab antara kita dengan mereka.

Kedua; bagaimana atau apakah amalan atau tindakan atau niat kita yang menyumbang kepada rekod status amalan tersebut (yg sememangnya lebih dan terlalu penting berbanding rekod status facebook)? 

Perkara ini berkait dengan IKHLAS. Ikhlaskah kita melalukan sesuatu amalan, tindakan atau niat? Perbincangan ini juga merupakan kesinambungan dari perbincangan entry yang lepas (KLIK SINI).


Satu kisah pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat bernama Mu'az bin Jabal. Beliau mempunyai keistimewaan sebagai seorang yang sangat pintar dan berdedikasi. Allah mengurniakan kepadanya kepandaian berbahasa serta tutur kata yang indah. Dipendekkan cerita, pada waktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Mu'az sentiasa berada bersama Rasulullah sehingga dia dapat memahami al-Qur'an dan syariat-syariat Islam dengan baik. Sehingga akhirnya Mu'az muncul sebagai seorang yang paling ahli tentang al-Qur'an dari kalangan para sahabat. Mu'az juga merupakan salah satu dari enam orang yang mengumpulkan al-Qur'an pada zaman Rasulullah.

 Maka, diriwayatkan kisah Mu'az bin Jabal bersama Rasulullah SAW tentang Israk dan Mikraj:

Apabila nyawa seorang manusia dicabut oleh Malaikat Maut dengan ketentuan dan perintah Allah SWT, maka segala amalan soleh akan diangkat ke langit, dan dinilai oleh Malaikat sehingga melepasi tingkat-tingkat langit. Nilaian tersebut adalah seperti berikut:

Lapisan Langit Pertama; MENGUMPAT.
Amalan soleh dinilai dari nilai-nilai GHIBAH atau MENGUMPAT. Adakah pernah selama hidup kita, kita mengumpat? Mengumpat pada saudara sendiri, orang sekeliling, pada binatang pun. Semua yang menjadi makhluk Allah SWT, pernah tak kita umpat mereka? Mengumpat; bererti berkata-kata sesuatu yang barangkali si orang yang diumpat itu tidak suka jika dia ketahui apa yang dah katakan. Mengumpat juga bererti mempersoalkan apa yang ditakdirkan oleh Allah SWT pada seseorang. Bukankah kalau kita berkata: 'Erm, dia tu memang. Kuat tidor, sebab tu badan besar.", ini seolah mempersoalkan kenapa orang tu badannya besar, sedangkan itu kejadian Allah SWT. Memang, kekhilafan manusia dijadikan alasan kenapa kita terjerumus dalam maksiat mengumpat ni. Saya pun sama. Tapi, beranikah kita berdepan dengan perhitungan Allah SWT di akhirat kelak. Jika kita masih bersenang lenang dan berasa bangga dengan perbuatan mengumpat itu, tidak mustahil itu adalah tanda Allah menjarakkan kita dengan rahmat-Nya untuk merasai nikmat iman dengan merasa bersalah pada dosa yang dah dilakukan. Jika kita ada merasai gelisah, tersedar atau terdetik sesal di hati, Alhamdulillah cepat-cepat ucapkan istiqfar, bahawasanya, Dialah yang berkuasa membolak-balik hati kita, menyedarkan kita dari bisikan syaitan. Namun, mengumpat tu kita kena selesaikan juga dengan orang yang kita umpat. Soal diri sendiri; 'sanggup tak nak berdepan dengan orang yang kita umpat dan mengaku kesalahan kita tu?' atau 'sanggup tak kita nak berdepan Allah untuk kita perhitungkan nilai amalan kita tu?'. Fahamkan, apa maksudnya???

Lapisan Langit Kedua; Beramal kerana DUNIA.
Melepasi Lapisan Langit Pertama, Langit Kedua, Malaikat kan menilai amalan kita dari nilai-nilai matlamat DUNIA. Apa saja yang kita buat, matlamat tu kita kena tahu, malah kita kena sedar. Sifat manusia adalah pelupa. Nak-nak lagi dalam cabaran dunia akhir zaman. Cabaran penipuan hasutan syaitan sangat merbahaya. Adakala, kebiasaan kita menjalani hidup dan pendedahan kita dengan hakikat hidup yang tak dikaitkan dengan Allah SWT, tidak mustahil boleh menyebabkan hati kita tak pernah sedar, tak pernah tahu pun yang kita beramal tu bermatlamatkan DUNIA. Allah SWT kan dah berjanji, setiap amalan yang kita niatkan selain dari-Nya, tuntutlah balasan dari apa/mereka yang kita niatkan. Contoh; kita suka orang tu sebab dia baik dan suka tolong dia sebab nak tunjuk kita baik. Amalan tu dah sangat baik, tapi balasan dari Allah tak ada. Sebab Allah kan suruh kita minta dan tuntut balasan dari apa yang kita niatkan iaitu dari kawan kita tu. Faham kan?? Sama saja dalam hal-hal lain. Bekerja, belajar, buat kebajikan. Cuba nilai semula apa tujuannya?? Kalau nak lepas Lapisan Langit Kedua ni, berusahalah untuk sentiasa teguh dengan niat Lillahitaala. Tersalah letak matlamat kadang-kadang bukan menjadi penutup segala usaha untuk membetulkan niat. Itu tanda Allah nak uji supaya kita sentiasa bergantung harap dengan-Nya. Indah bukan??

Lapisan Langit Ketiga; SOMBONG.
Selesai penilaian Lapisan Langit Kedua, bergerak pula ke Lapisan Langit Ketiga. Bertambah lagi debaran. Lepas ke tak ni?? InsyaAllah kalau kita dijauhi daripada sifat SOMBONG atau BANGGA DIRI, tak da masalah. Oleh kerana, syaitan tu dah bersumpah akan menyesatkan anak cucu Nabi Adam a.s, kita la tu. Jadi, dia akan cuba sedaya upaya, sehalus mungkin dengan perancangan jahatnya yang adakala kita tak sedar pun itu satu bentuk hasutan syaitan. Jika kita tak berpegang dengan Tauhid Allah, tak amalkan apa yang disyariatkan Allah dan tak berakhlak mulia, mudah kita tertipu dengan agenda syaitan tadi. Orang selalu cakap dunia ini selalu menipu, buat apa nak sombong. hmmm.. Sebenarnya dunia ini milik Allah, dia tak pernah nak bantah pun perintah Allah, apatah lagi nak menipu. Jadi yang menipu tu syaitan. Sombong, bangga diri. Sifat yang terang-terang kelihatan. Contoh; seorang gadis cantik dan ramai pula lelaki sukakannya. Apabila dah cantik dan tidak bersyukur dengan nikmat Allah tu, sifat sombong dan bangga diri pun terserlah. Maka, bertukar-tukarlah pasangannya. Beringatlah wahai hati, sifat SOMBONG itu kan ciri-ciri syaitan laknatullah. Sombongnya dia melawan perintah Allah hanya kerana dia diciptakan dari api. Jangan melawan TUAN kerana SOMBONG itu adalah hak mutlak Allah. Buktinya, banyak ayat-ayat al-Qur'an; 'Akulah yang berkuasa" dan sebagainya. Jangan pula cakap; 'Akulah yang cantik!'. Pendek kata jangan sombong la. Orang yang menolak ayat-ayat kebenaran Allah SWT juga adalah orang yang sombong. Sama-sama kita mohon perlindungan Allah SWT.

Lapisan Langit Keempat; UJUB.
Baiklah. Setelah berjaya melawan sifat sombong dan bangga diri, amalan soleh itu berjaya diangkat ke Lapisan Langit Keempat. Malaikat akan menilai unsur-unsur UJUB. Sifat inilah paling merbahaya. Si gadis cantik tadi tahu akan sifat-sifat sombong yang jelas kelihatan dan sekaligus menampakkan kerendahan akhlaknya terhadap nikmat cantik yang Allah SWT berikan padanya. Jadi, si gadis cantik ini mahu berakhlak baik dan berusaha tidak sombong dengan kecantikkannya. Namun, syaitan tetap memainkan peranannya dalam merosakkan akhlak anak cucu Adam a.s. Lalu dia bisikkan dalam hati; 'Cantik juga ya kalau kenakan tudung ni. Saya tak sombong, saya cuma mahu kelihatan cantik. Nanti pasti orang sukakan saya'. Tahukah anda bahawa, perlakuan itu bukan lagi sombong tapi ia adalah sifat ujub. Ia wujud diam-diam dalam hati.  Ujub adalah sifat keji yang sangat halus. Berbeza dengan sombong tadi. Sifat ujub tidak terang-terang kelihatan seperti sifat sombong. Jadi, nampak macam baik sikit dari sombong. Tapi, sifat inilah yang menjadi punca penyakit hati. Bahayanya kerana orang tak tahu, kot kalau orang tahu, senang la kan orang nak tegur ka, perli ka, kritik ka. Sehingga akhirnya, tuan punya badan pun tak tahu yang tu adalah penyakit ujub. Subhanallah. Macamana ciri-ciri sifat ini ya? Cirinya, kita berasa hairan diri. Kita hairan yang kita boleh buat, kita hairan dengan apa yang kita ada. Ermm, ada juga halnya yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan orang lain. Contoh yang paling ketara kita boleh lihat pada penggunaan facebook. Rata-rata ustaz, ustazah dan ilmuan juga pendakwah sudah pun mengeluarkan kenyataan teguran dan pesanan kepada pengguna facebook. Pesanan supaya tidak mengeluarkan dan menayangkan gambar-gambar 'cantik' mereka di facebook. Sungguh! Memang tak ada sifat sombong, yang terang ada tertulis komen pada photo tersebut. Tapi, komen-komen mesra tuan photo bersama teman-teman (lebih-lebih lagi berlainan jantina) sedikit sebanyak menyumbang kepada timbulkan perasaan UJUB ini. Ia terlalu subjektif dan halus untuk dibuktikan. Anda nilailah sendiri. Bagaimana pula kita yang menjadi penyumbang yang menyebabkan orang lain pulak berasa hairan pada dirinya sendiri?? Fikir-fikirkan.

Lapisan Langit Kelima; HASAD DENGKI.
Baiklah, apabila amalan soleh itu bebas daripada sifat ujub, Malaikat di Lapisan Langit Kelima ini akan menilai amalan soleh tadi dari sifat HASAD dan DENGKI. Bagaimana ya nak terangkan sifat ini? Hasad dengki adalah perasaan khianat seorang kepada orang lain dan berusaha untuk mehilangkan nikmat itu daripada orang yang dikianatinya. Contoh; Kita belajar berkumpulan dalam satu kelas. Apabila ada kawan kita melebihi kita, kita mula merasa tidak senang dengan kelebihan itu. Bukan takat tak senang je, fikir pula bagaimana nak buat orang tu jatuh. Orang yang berhasad dengki ini terang-terang dah kalah dengan hasutan syaitan. Dan saya fikir perkara yang memulakan seorang itu boleh timbulnya hasad dengki adalah daripada perasaan syak wasangka atau bersangka buruk pada seseorang atau sesuatu. Ia diibaratkan anai-anai yang makan kayu. Diam-diam, habes roboh rumah.
Ada satu kisah, dalam sebuah majlis ilmu, ketika Rasulullah SAW berkumpul bersama para sahabat, tiba-tiba baginda berkata,"Wahai para sahabatku, sebentar lagi akan datang seorang ahli syurga." Telah diyakini kata-kata Rasulullah adalah wahyu Allah, dan benar lagi dibenarkan. Maka para sahabat tertanya dan tertunggu-tunggu siapakah ahli syurga itu. Kemudian datanglah  Sa'ad bin Abi Waqash, pemuda yang dimaksudkan oleh Baginda. Maka, lahirlah perasaan 'cemburu' dan ingin tahu seorang sahabat ini. Kenapa Rasulullah mengatakan pemuda itu adalah ahli syurga? Apakah amalannya? Maka dia pun mohon izin untuk bermalam di rumah Sa'ad bin Abi Waqash. Apa yang dilihat oleh sahabat ini adalah Sa'ad bin Abi Waqash tidak mempunyai ibadah istimewa yang dilakukannya. Yang ada cuma, ibadah yang wajib sahaja, solat malam pun tak ada. Lalu sahabat pun bertanya kepada Sa'ad bin Abi Waqash. Maka, beliau pun berkata, "Mungkin yang menjadikan aku sebagai ahli syurga seperti yang dikatakan oleh Rasulullah kerana aku tak pernah sedikit pun hasad dengki bahkan tiada niat untuk hasad dengki. Setiap malam aku akan memafkan kesalahan semua orang sebelum aku tidur." Bermakna, tak ada pun waktu yang dia nak bersangka buruk pada orang lain. Seronokkan?

Lapisan Langit Keenam; TIADA BELAS KASIHAN pada orang lain.
Amalan soleh itu suci bersih daripada sifat hasad dengki, terus melepasi ke Lapisan Langit Keenam. Pada lapisan ini, Malaikat akan menilai amalan soleh dari nilai BELAS KASIHAN. Jika amalan itu tiada belas kasihan, maka tiadalah sifat kasih sayang pada orang lain. Hatta pada binatang juga. Maka berlakulah zalim mengzalimi. Ermm.. macamana ya amalan soleh itu dapat melepasi 5 lapisan yang dinilai bermacam-macam nilai mazmumah tadi, tidak mengumpat, tidak sombong, tidak ujub apatah lagi tidak berhasad dengki. Tapi, apabila sampai pada lapisan keenam ini amalan yang dibawa itu tiada sifat belas kasihan. Pelikkan? Inilah keindahan Islam. Islam yang syumul. Sebagai contoh; beribadat, bermujahadah melawan nafsu, berpuasa sepanjang tahun, solat sepanjang malam dan siang, zuhud, qana'ah dan macam-macam lagi. Tapi, apabila seseorang alim ini cuma kisahkan tentang hidup dan amalannya saja. Sebenarnya, dia sudah terlepas dari sifat belas kasihan ini. Berusahalah dia untuk sentiasa jadi baik, maka bermujahadahlah dia melawan nafsu sendirian. Pada masa yang sama, dia tidak hiraukan masalah orang lain disekelilingnya, ahli keluarganya yang barangkali tak pernah ada peluang nak berusaha atau nak ada ilmu untuk bermujahadah lawan nafsu 'dunia'. Bukahkan ini zalim namanya? Maka, kalau inilah caranya nak melawan segala sifat-sifat mazmumah yang di atas-atas tadi, amalan soleh itu tidak akan berjaya sampai ke Lapisan Langit yang terakhir. Alangkah ruginya.

Lapisan Langit Ketujuh; KEMAHSYURAN.
Baiklah. Berjaya melawan segala bentuk cabaran untuk melepasi Lapisan Langit Terakhir. Tak mengumpat, tak sombong, tak ujub, tak hasad, tak matlamatkan dunia, dan penuh belas kasihan dan kasih sayang, akhirnya amalan soleh tu dinilai oleh malaikat dari nilai-nilai KEMAHSYURAN. Apakah ini? RIAK! Ini pun masalah yang cukup besar. Kalau tadi ujub tersembunyi dalam hati, nampak baik. Tapi riak pulak lain caranya. Semua sudah complete, perfect! Tetapi, menyedari akan kasih sayang Allah itu meliputi segala bentuk nikmat-Nya. Kaya dan miskin. Senang dan susah. Payah dan mudah. Maka, nak jadi baik, IKHLAS kerana Allah SWT, tak semudah seperti yang dibicarakan. Amalan soleh.. Adakah masih ada sifat riak padanya? Sesungguhnya manusia itu tidak pernah lepas dari bisikan syaitan kecuali dengan pertolongan Allah. Seperti yang diceritakan, Nabi Adam a.s. ketika dia diturunkan dari syurga ke bumi juga kerana kelalainya pada Allah dan kalah dengan bisikan syaitan. Syaitan cuba membisikan 'cerita yang baik' sebagai hasutannya yang paling halus.
 "Tuhan kamu tidak melarangmu daripada mendekati pohon ini melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau menjadi orang yang kekal (dalam syurga). Dan dia (iblis) bersumpah kepada keduanya, "sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang memberi nasihat." (Al-A'raaf:20-12)
Sedangkan Nabi Adam a.s di dalam syurga Allah takdirkan terpedaya dengan hasutan syaitan, apatah lagi kita ini manusia biasa. Mampukah kita bertahan dan berjuang memelihara segala amalan soleh daripada diketahui ramai sehingga boleh menimbulkan riak? Jangan bersedih. Allah kan ada. Kembali berharap kepada Allah dan yakinlah dengan Rasulullah SAW.

Setelah amalan soleh berjaya melepasi ketujuh-tujuh lapisan langit tersebut, ia diiringi oleh ribuan malaikat pergi menghadap Allah SWT. Amalan soleh itulah adalah terbaik kerana berjaya melepasi kesemua lapisan langit, namun kebaikan pada amalan tersebut akan tetap dinilai oleh Allah SWT kerana Dia lebih mengetahui. Maka Allah akan menilai amalan soleh tu dilakukan adalah benar-benar IKHLAS demi Allah. Setelah benar-benar dilakukan IKHLAS kerana Allah SWT dan dengan Rahmat-Nya, akhirnya Allah mengizinkan pahala diberi dan dimasukkan ke dalam syurga. Alhamdulillah.. 




Wallahu'alam

Sumber:

Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan Kareem


Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak
1 Ramadhan 1433
21 Julai 2012
Maaf Zahir & Batin

Kepada:
Warga ISDEV, Universiti Sains Malaysia
Warga Halal Penang, PIHH Development Sdn Bhd
Sahabat-sahabat dan Tuan/Puan di USM, GEMS FRT & HSH, Data Ulung Sdn Bhd, Aishah Food Industries, Pusat Kecemerlangan Global KUIN

Selasa, 17 Julai 2012

Carilah Cinta


CARILAH CINTA
(RAIHAN)

Carilah cinta yang sejati
yang ada hanyalah padanya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padanya yang Esa

Carilah cinta yang abadi
yang ada hanya padanya
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada Tuhanmu

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang di redahi

Carilah cinta yang sejati
yang ada hanya padanya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padanya yang Esa

Namun janjinya
Kepada Hamba-Nya
Tidak pernah dimungkiri
dan tidak pernah melupakanmu

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang di redahi

Namun janjinya
Kepada Hamba-Nya
Tidak pernah dimungkiri
dan tidak pernah melupakanmu

Yakinlah kepada Tuhan-Mu
Kerna dialah cinta hakiki
Kerna dialah cinta hakiki
Kerna dialah cinta yang hakiki

Selasa, 12 Jun 2012

PETA DUNIA

World Map with Latitude and Longitude

Mengkaji dan meneliti lebih lanjut isi tazkirah kuliah minggu lepas (sejarah kebangkitan Islam di Constantinople), saya tertarik ingin mengetahui apakah negara-negara yang sebenarnya wujud di muka bumi Allah ini. Merujuk kepada Mr. Google Map; hanya yang tertera di gambar di atas sahaja menunjukkan negara-negara yang wujud. Bagaimana bumi itu bulat? Hmm.. menarik!

Selasa, 20 Mac 2012

Pengajaran Daripada Sepohon Pokok

Assalamualaikum.

Hari ini dalam kelas Pengurusan Pembangunan Institusi Islam ada satu pengajaran yang cukup bermakna bagi diri saya. Ingin sekali saya kongsikan kepada para pembaca mengenai  Pengajaran Daripada Sepohon Pokok ini.

Selepas Dr. Sue selesai menerangkan mengenai prinsip pertama daripada 7 Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam (PBI) yang diaplikasikan di ISDEV, Dr. Sue buka kepada satu soalan kuiz. Siapa yang banyak memberi keterangan mengenai gambar yang ditunjukkan, dia akan mendapat hadiah istimewa daripada Dr. Sue. Gambarnya lebih kurang seperti dibawah (tak jumpa gambar asal yang digunakan oleh Dr. Sue dalam kelas tadi).

 

Memandang, meneliti dan mentafsir satu gambar tersebut, masing-masing berfikir. Apa yang ada dalam gambar ini? Apa yang sebenarnya yang ingin sampaikan oleh Dr. Sue melalui gambar ini? Fikir saya sendirian. Muslihah cuba ingin menterjemahkan gambar ini mengikut maklumat pembelajaran tadi, iaitu 7 prinsip yang ada dalam  PBI sepertimana kami menterjemahkan sebiji kek mengikut 7 prinsip PBI. Dalam urusan membuat kek, ia memerlukan (1) acuan, (2) pembuat (pelaku), (3) masa untuk membuat (timeframe), (4) kerangka kek (cth: cake stand), (5) kaedah membuat kek, (6) peralatan atau bahan-bahan dan akhir sekali (7) target (matlamat) untuk membuat kek itu (cth: sedap, cantik dsb). Sangat mudah untuk memahami prinsip PBI dengan cara begini.

Namun, saya berpendapat dan memberitahu Muslihah, jangan terikat dengan perkara yang kita pelajari tadi. Ilmu Allah kan luas. Mungkin ada pengajaran lain yang perlu kita terokai. Agaknya, inilah cara saya membuka minda untuk berfikir; 'Lets it free'.

Apabila Dr. Sue membuka kepada sesi penterjemahan gambar tadi, saya orang pertama ingin mengemukakan pendapat daripada pemerhatian saya (berdasarkan kepada gambar asal)

1. Pokok besar di tengah padang
2. Bunga kuning dan daun hijau
3. Belakang pokok ini ada hutan, dan ada banyak pokok lain di belakangnya
4. Tanah tidak mendatar
5. Cuaca tak panas dan bukan musim luruh, kerana bayang-bayang dan tiada daun yang luruh
6. Batang pokok akar tunjang
7. Seni pokok itu, ada bentuk 'love'

Semua penilaian melalui apa yang saya nampak.

Penilaian Muslihah dan Ain pun tidak kurang bezanya. Cuma mereka lebih nampak kepada 'the loneliness of the tree' dan kebahagiaan pokok itu hidup subur dengan mengeluarkan daun-daun dan bunga-bunga  yang banyak dan cantik walaupun sendirian di tengah-tengah padang. Ya, benar. A picture paints a thousand words. Bergantung kepada individu tersebut bagaimana dia memahami gambar yang dilihatnya. Menakjubkan bukan!?

Namun, Dr Sue masih menunggu jawapan yang lengkap dari kami bertiga yang ada dalam kelas itu. Saya masih tertanya, apa yang masih tersembunyi lagi? Dr. Sue bijak menggunakan psikologi dalam pengajarannya. Apabila semua sudah menunjukkan tanda mengalah. Dr. Sue mula memberi jawapan yang betul dan sebenarnya, jawapan semua orang adalah betul, cuma tidak benar.

Kenapa wujudnya pokok ini? Daripada semua pemerhatian tadi, kenapa terjadinya begitu? Kenapa ada sepohon pokok di tengah padang, sedangkan banyak pokok-pokok lain ada di belakangnya. Bagaimanakah ia bermula? Dari manakah datangnya benih yang boleh pokok ini tumbuh di situ? Kenapa daun pokok ini banyak dan kecil-kecil dan tersusun rapi, bukan sepohon pokok yang ada satu daun besar pada batangnya? Apakah yang akan berlaku kirannya pohon itu ada satu daun yang besar itu apabila ditiup angin kencang? Daun akan terkoyak bukan?! Siapakah yang membenarkan ini semua terjadi? Kenapa tidak pokok ini tidak tumbuh di situ sendirian sehingga boleh diterjemahkan 'kesunyian'?

'Inilah jawapan yang saya ingin dengar' ujar Dr. Sue.

Semua orang tersenyum. Kami tidak salah memerhati dan memberi pendapat mengenai gambar itu, cuma kami salah menterjemahkannya. Apa yang difikirkan adalah apa yang dilihat, didengar dan dirasai? Bukan daripada sebalik apa yang dilihat, didengar dan dirasai. Subhanallah, saya jatuh cinta lagi kepada Islam. Sungguh mengasyikkan.

Dr. Sue merumuskan bahawa, inilah yang dinamakan pandangan alam seorang manusia. Apa yang difikirkan, diucapkan, didengar dan dirasaikan adalah menunjukkan pandangn alam (world view) seseorang itu. Dalam Islam, pandangan alam itu ialah tasawwur Islam, berpandangan berteraskan Islam. Bagaimana seseorang itu mengaitkan sesuatu dengan Penciptanya? Manusia sekarang terlalu berpegang kepada pandangan barat yang cuma membuat penilaian kepada pemerhatian fizikal, yang kelihatan oleh pancaindera dan menggunakan bukti-bukti sainstifik SAHAJA. Tanpa sedar kita tersalah meletakkan sesuatu pada dasarnya, iaitu akidah kita sebagai umat Islam. Kita telah terlepas daripada mengaitkan sesuatu dengan Allah S.W.T yang Maha Berkuasa. Cantikkan Islam ini?

Post Terbaru untuk 2025!

 Assalamualaikum semua. Aku kembali menulis lagi. Aku rindu zaman aku suka menulis dulu. Terus dari hati. Sekarang aku nak menulis pun susah...