Selasa, 20 Mac 2012

Pengajaran Daripada Sepohon Pokok

Assalamualaikum.

Hari ini dalam kelas Pengurusan Pembangunan Institusi Islam ada satu pengajaran yang cukup bermakna bagi diri saya. Ingin sekali saya kongsikan kepada para pembaca mengenai  Pengajaran Daripada Sepohon Pokok ini.

Selepas Dr. Sue selesai menerangkan mengenai prinsip pertama daripada 7 Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam (PBI) yang diaplikasikan di ISDEV, Dr. Sue buka kepada satu soalan kuiz. Siapa yang banyak memberi keterangan mengenai gambar yang ditunjukkan, dia akan mendapat hadiah istimewa daripada Dr. Sue. Gambarnya lebih kurang seperti dibawah (tak jumpa gambar asal yang digunakan oleh Dr. Sue dalam kelas tadi).

 

Memandang, meneliti dan mentafsir satu gambar tersebut, masing-masing berfikir. Apa yang ada dalam gambar ini? Apa yang sebenarnya yang ingin sampaikan oleh Dr. Sue melalui gambar ini? Fikir saya sendirian. Muslihah cuba ingin menterjemahkan gambar ini mengikut maklumat pembelajaran tadi, iaitu 7 prinsip yang ada dalam  PBI sepertimana kami menterjemahkan sebiji kek mengikut 7 prinsip PBI. Dalam urusan membuat kek, ia memerlukan (1) acuan, (2) pembuat (pelaku), (3) masa untuk membuat (timeframe), (4) kerangka kek (cth: cake stand), (5) kaedah membuat kek, (6) peralatan atau bahan-bahan dan akhir sekali (7) target (matlamat) untuk membuat kek itu (cth: sedap, cantik dsb). Sangat mudah untuk memahami prinsip PBI dengan cara begini.

Namun, saya berpendapat dan memberitahu Muslihah, jangan terikat dengan perkara yang kita pelajari tadi. Ilmu Allah kan luas. Mungkin ada pengajaran lain yang perlu kita terokai. Agaknya, inilah cara saya membuka minda untuk berfikir; 'Lets it free'.

Apabila Dr. Sue membuka kepada sesi penterjemahan gambar tadi, saya orang pertama ingin mengemukakan pendapat daripada pemerhatian saya (berdasarkan kepada gambar asal)

1. Pokok besar di tengah padang
2. Bunga kuning dan daun hijau
3. Belakang pokok ini ada hutan, dan ada banyak pokok lain di belakangnya
4. Tanah tidak mendatar
5. Cuaca tak panas dan bukan musim luruh, kerana bayang-bayang dan tiada daun yang luruh
6. Batang pokok akar tunjang
7. Seni pokok itu, ada bentuk 'love'

Semua penilaian melalui apa yang saya nampak.

Penilaian Muslihah dan Ain pun tidak kurang bezanya. Cuma mereka lebih nampak kepada 'the loneliness of the tree' dan kebahagiaan pokok itu hidup subur dengan mengeluarkan daun-daun dan bunga-bunga  yang banyak dan cantik walaupun sendirian di tengah-tengah padang. Ya, benar. A picture paints a thousand words. Bergantung kepada individu tersebut bagaimana dia memahami gambar yang dilihatnya. Menakjubkan bukan!?

Namun, Dr Sue masih menunggu jawapan yang lengkap dari kami bertiga yang ada dalam kelas itu. Saya masih tertanya, apa yang masih tersembunyi lagi? Dr. Sue bijak menggunakan psikologi dalam pengajarannya. Apabila semua sudah menunjukkan tanda mengalah. Dr. Sue mula memberi jawapan yang betul dan sebenarnya, jawapan semua orang adalah betul, cuma tidak benar.

Kenapa wujudnya pokok ini? Daripada semua pemerhatian tadi, kenapa terjadinya begitu? Kenapa ada sepohon pokok di tengah padang, sedangkan banyak pokok-pokok lain ada di belakangnya. Bagaimanakah ia bermula? Dari manakah datangnya benih yang boleh pokok ini tumbuh di situ? Kenapa daun pokok ini banyak dan kecil-kecil dan tersusun rapi, bukan sepohon pokok yang ada satu daun besar pada batangnya? Apakah yang akan berlaku kirannya pohon itu ada satu daun yang besar itu apabila ditiup angin kencang? Daun akan terkoyak bukan?! Siapakah yang membenarkan ini semua terjadi? Kenapa tidak pokok ini tidak tumbuh di situ sendirian sehingga boleh diterjemahkan 'kesunyian'?

'Inilah jawapan yang saya ingin dengar' ujar Dr. Sue.

Semua orang tersenyum. Kami tidak salah memerhati dan memberi pendapat mengenai gambar itu, cuma kami salah menterjemahkannya. Apa yang difikirkan adalah apa yang dilihat, didengar dan dirasai? Bukan daripada sebalik apa yang dilihat, didengar dan dirasai. Subhanallah, saya jatuh cinta lagi kepada Islam. Sungguh mengasyikkan.

Dr. Sue merumuskan bahawa, inilah yang dinamakan pandangan alam seorang manusia. Apa yang difikirkan, diucapkan, didengar dan dirasaikan adalah menunjukkan pandangn alam (world view) seseorang itu. Dalam Islam, pandangan alam itu ialah tasawwur Islam, berpandangan berteraskan Islam. Bagaimana seseorang itu mengaitkan sesuatu dengan Penciptanya? Manusia sekarang terlalu berpegang kepada pandangan barat yang cuma membuat penilaian kepada pemerhatian fizikal, yang kelihatan oleh pancaindera dan menggunakan bukti-bukti sainstifik SAHAJA. Tanpa sedar kita tersalah meletakkan sesuatu pada dasarnya, iaitu akidah kita sebagai umat Islam. Kita telah terlepas daripada mengaitkan sesuatu dengan Allah S.W.T yang Maha Berkuasa. Cantikkan Islam ini?

AKU & IIUM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dah lama aku tak luangkan masa untuk coretkan sesuatu di sini. Ruangan ini dulunya ...